
Pelaksanaan VEP dikuatkuasa sepenuhnya di pintu sempadan Malaysia-Singapura mulai 1 Julai 2025
VEP Mula Kuatkuasa Penuh di Sempadan Malaysia-Singapura Mulai 1 Julai 2025!
Salam sejahtera, mat motor sekalian! Ada berita penting ni bagi korang yang selalu ulang-alik Malaysia-Singapura. Menteri Pengangkutan, YB Antony Loke dah umumkan yang Vehicle Entry Permit (VEP) akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Julai 2025.
Ini bermakna, JPJ akan mula saman kenderaan asing yang tak daftar atau aktifkan VEP. Jangan tak tahu, VEP ni dah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 1 Oktober 2024, tapi masa tu dorang bagi notis peringatan je.

Menurut YB Loke, dalam fasa pertama penguatkuasaan, 52,012 kenderaan Singapura dah diperiksa secara rawak, dan 2,245 notis peringatan dah dikeluarkan. Ini menunjukkan masih ramai yang belum daftar VEP.
Setakat 2 Jun lalu, 194,507 kenderaan persendirian individu dan 2,660 kenderaan persendirian syarikat dah pasang dan aktifkan tag RFID VEP. Tapi, 36,511 kenderaan persendirian individu masih belum aktifkan tag RFID tu! Jangan lengah lagi, geng!

“Pelaksanaan ini adalah selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), di mana menjadi satu kesalahan jika mana-mana orang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia,” - Antony Loke.
Macam Mana Penguatkuasaan Ni?
JPJ akan pastikan semua kenderaan asing yang masuk Malaysia ada VEP yang sah. Kalau tak ada, siap sedia kena saman!

YB Loke juga mengingatkan, kalau kena saman sebab tak ada VEP, korang kena settlekan saman tu sebelum keluar dari Malaysia. Bayaran boleh dibuat secara tanpa tunai di kaunter JPJ, JPJ Mobile, atau secara online (myEG).
Jadi, jangan berlengah lagi. Daftar, pasang, dan aktifkan tag RFID VEP korang sekarang! Elakkan sebarang kesulitan masa nak masuk atau keluar dari Malaysia nanti.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
0 Comments